UMI RATU HATIKU

Satu persatu aku menyudahkan lipatan kain dalam bakul
Sambil mata kejap ke televisyen kejap ke lipatan kain
Sedang aku khusyuk, kedengaran derapan kaki di tangga
Toleh belakang oh umi rupanya haha

Umi duduk depan aku sambil buka laptop nya
Aku tatap muka umi dalam dalam. Cantik !
Dalam raut wajah umi terdapat berjuta perasaan yg disorokkan
Tapi umi tetap tenang tanpa serlahkan sebarang resah

Sejak aku kecil susah umi aku pun tanggung sekali
Sungguh waktu dulu hidup aku begitu susah dgn banyak dugaan
Tapi umi kuat hadapi segala rintangan dan dugaan dlm hidup
Kadang umi kongsi apa yg dipendam dalam hati
Luaran aku mungkin tak menunjukkan sebarang perasaan
Tapi hati aku sudah cukup banjir dengan segala cerita umi

Umi seorang yang sangat kuat dan tabah
Walau umi rasa sakit umi cuba sedaya upaya sorok semua tu
Tapi sampai satu saat umi tak berdaya. Umi luahkan ke aku
Sungguh kejam kadang kadang manusia di keliling kita
Aku sebagai anak sentiasa tunjuk kuat depan umi
Dorongan dan semangat supaya umi semakin kuat dan tabah

Kalau umi boleh kuat dan tabah dengan segala dugaan
Kenapa aku tidak ?

Dalam diam aku jadikan umi contoh untuk teruskan hidup
Umi inspirasi aku dalam setiap rintangan yg aku lalui
Umi , kakak sayang umi dunia akhirat
Terima kasih kerana lahirkan kakak dekat dunia ni
Satu hari nanti kakak akan balas jasa umi
Moga kakak jadi anak solehah hihi :p

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment