KAPAL TERBANG

Sedang aku sidai jemuran di luar rumah
Sambil ditemani kicauan burung yang merdu
Si kucing yang sedang berkeliaran mencari makanan
Dan lagu lagu berkumandang di coreng telingaku
Sayup sayup kedengaran bunyi enjin di udara

Ye bunyi di atas sana adalah kapal terbang
Memang dari kecil sampai sekarang
Tabiat aku bila nampak kapal terbang atau helikopter
Aku akan lambai walaupun mereka tidak nampak aku
Lambaian aku itu supaya mereka selamat sampai dan kembali

Semasa umi abah pergi menunaikan haji dan umrah di tanah suci
Hari hari aku lambai kapal terbang jauh nun di atas sana
Aku berharap umi abah selamat sampai dan pulang ke sini

Hari ini saat ini kapal terbang yang lalu aku akan lambai
Lambaian aku kali ini mungkin bermakna jugak
Pada aku lah Pada dia aku tak tahu Hahaha
Sedikit terkilan sebab takde rezeki untuk jumpa sebelum pergi
Tapi tak mengapa. Doa aku sentiasa bersama kau
Semoga kau membawa kejayaan dan membuat keluarga kau bangga

Moga kita bertemu semula satu hari nanti
Aku menanti wahai kawan :)

No comments:

Post a Comment